Sunday, December 25, 2011

blank idea

blank je kan monitor tuh...sebabnya aku pun tak tahu kenapa aku on laptop aku.huhuhuhu


Assalammualaikum!!!hiiiiiii......sihat ker???. Huhuhuhu..dah lama tak update blog.Jom la update....jom..Huhuhu. Tapi kan...aku tak tahu nak update apa.Dah 8 jam 36 minit 4 saat dah aku fikir, tapi masih takder idea bangang aku nak update blog nie.Sebab tuh takder orang nak baca blog aku ni.Huhuhu.Sedihnyaaaaaaaaaaaaaaa...waaaaaaawaaaaaaaaaa






aku yang sengal,
teddypink

Tuesday, December 20, 2011

aku tak punya kuasa

Assalammualaikum! chak! hahaha..lama giler aku tak update blog aku. Rasa macam giler giler takder masa.
Jadi hari ni baru ada masa sikit je. Mesti dah tahu kan....mak cik A.M.Y aku tak sihat kan...??

Alhamdulillah, mak dia dah keluar hospital.Cuma abang dia aje belum keluar lagi.huhuhuh.Sekarang dia ngan adik beradik dia susah hati macam mana nak jaga parent diorg kat rumah tuh..sedangkan bapaknya pun kureng sihat jugak. Dugaan besouuu pada keluarga cik A.M.Y aku ni. Bersabar ye tuan aku...asalkan ko tak lupa nak mandikan aku ok. 
Jadi cik A.M.Y ini pun sangat la sibuk dan tak cukup rehat sangat. Sampai la mata dia jadi mata panda.Korang kenal panda? Bukan kungfu panda tuh....tapi panda. Comel ke panda tuh?Mata dia lebam la macam panda. Apakah begini rupa cik. A. M. Y itu?



letih bebenor cik a.m.y ni yerrr





Atau dia begini?? 
kesan dodok kat hospital 11 hari
 




supergurl la plak...
Atau..........      



















Hmmmmmmm...semuanya bukan. Tapi apa apa pun...cik. A.M.Y aku tuh dah aku kantoi kan apabila aku terjumpa sesuatu.....huhuhuhu .Sedih aku ...apasal mamat ni lak terselit kat sini???????????!!!!!!!!!!!!!!!!!!!












tersengih sengih jonni ni ..huhuhu dengan panda dia tuh .




pssstt.. : KONON panda tuh cik A.M.Y la??Suka suka hati ko je wak jonni. PENAMPAQ sekali kang.

Thursday, December 1, 2011

thursday wordless




walaupun wordless aku just nak gebangkan...teddy bear pun linajobstreet hantor email tauuuu!hehehehe

Tuesday, November 29, 2011

when it comes it will come


Assalammualaikum...! hahahaha. lama sudeyyy aku tak update blog aku ni weh..Sebenarnya aku ni, tak tahu nak cakap apa dalam blog ni. Aku sendiri takder aktiviti duduk kat umah tuan aku tuh.Makan tido tgk tv makan tdo tgk tv (dah!) hmmm aje. So...aku rasa la kan..aku nak pergi cari kerjaya la kan.BAru syokk hidup nie,Mana tau .leh kaya aku .HAHAHAHA. Rasa macam nak jadi artis, tapi haram...ada ke orang nak ambil teddy bear berlakon?Sengal tul aku nie. Ok. la tak apa la..abaikan .Yang pasti aku nak pergi cari kerja. Nak register JOBSTREET nie.Muahahahah. Nanti dah dapat keje, aku inform korang wokey.
Adios Amigos.Hahahaha

Sunday, November 20, 2011

Please pray for her mother.

se...se...se....lamat hari ...senin guys (senin yang aku belajar dari member aku)

Lama giler aku tak update blog aku yang memang cute ni..hahahah.

Anyway, aku tak nak tulis panjang-panjang, nanti korang bosan baca.

Sekarang ni, aku sihat-sihat je. Cuma mak cik.A.M.Y aku kureng sihat. Hmmm..doctor -doctor pun tak tahu dia sakit per, cuma dia taknak makan..So no energyla jadi lemah-lemah badan. So kawan-kawan "Please pray for her mother to get well soon" ok. Hmmmmm...susah hati aku tengok tuan aku tuh. OK la. adios amigos.

she misses her mother`s cooking

Monday, November 7, 2011

Monday, October 3, 2011

4 jam sudah

dah 4 jam aku baca post entry kat blog mamat ni...sampai sekarang aku gelak sorang sorang.
Memang sengal la ,tapi bernas.
hahahahahahah.

Thursday, September 29, 2011

dunia oh dunia

Assalammualaikum....kawan-kawan.

Tak rindukah kamu pada aku yang comel ini?Aku pun rindu bangat sama korang. Apa-apa aku nak ucapkan seribu kemaafan kerana dah lama tak melawat blog korang yang mantap-mantap itu. Aku pun dah lama tak update blog aku ini. Bukan apa, tuan aku punya broadband dah lama tak bayor, jadinya aku tak bleh nak guna tenet.Hampeh je.

Aku tak sibuk mana, biasalah hidup aku cuma berangan je, aku bukan ada daya nak naik LRT pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk ke atau pergi makan satay Kajang ker atau pergi Ulu Yam mandi ke atau...eh berapa banyak atau dah..Sebab aku bukannya larat nak jalan. Semput sehhh.
Jadi harini aku bukan nak cerita pasal aku, tapi aku sekadar nak berkongsi cerita. Cerita apa kah itu??Jeng jeng jeng.....Biasalah kisah si tuan aku yang weng itu.
Sekarang ini dia sangat sangat sibuk dengan dunia nie. Sejak 3 bulan ke belakangan ni, bukan main sibuknya.
Nak di katakan hari hari dia balik lewat dari kerja. Kadang-kadang hari Ahad pun datang opis.Mentang-mentanglah opis dia belakang umah.Hahahaha.

Jadi aku ni pun kesian kat dia. Kerja bukan main sibuk, tapi badan dan kehidupan dia memang tak terurus pun. Apa yang berlaku kat tuan aku ini, buat aku terfikir...apakah berbaloi kalau kita mengejar dunia ini yang memang lansung tak kan bawa ke mati kecuali ibadah kita kepadaNya. 
Cuba bayangkan...balik kerja dah la lewat, confirm sampai rumah terus tidur. I dont think akan sempat mengaji ke, tahajjud apatah lagi nak bangun balik tengah malam. Pulak tuh, sedar sedar dah terlepas subuh. Samalah sabtu ahad, qada tidur sampai tak hengat dunia. Aduhai alahai... apa lah nak jadi kan.

Tapi kalau fikir-fikir balik kan...kalau tak mengejar dunia ni pulak, tak bleh nak hidup, tak boleh nak makan. Betul tak??
Jadi aku nak buat kesimpulan bahasa di sini bahawa, berpada-pada lah dengan dunia. Tak ke mana pun kalau kita lupa padaNya. 

Fuhh....merepek sudah teddy bear nie. Okla..gua mau rehat. Next time gua citerita lagi ok.

Jom mandi SUNGAIII!!!! yeee haaaaaaaa!!

Monday, September 19, 2011

selamat hari raya!!

Selamat hari raya

Mahhap zahir dan batin

hahahha dah nak abis syawal dah nie.

hahahah.sorry 

sibuk mengejar dunia...

teddy bear pun bz...

bosan..semua ada

Sunday, August 7, 2011

ramadhan al-mubarak



zzzZZZZZZZZzzzzzZZZZZzzzzz............

Itulah keje aku time bulan puasa ni.Dah seminggu kan?So seminggu la aku ni dok layan tidoq je.Hahahah
Aku ada dengar, tido tuh sunat time puasa..YEKE???
Aku malas nak tengok tv, dengar radio lagu2 ke..(terasa bleh kurang pahala) heheheh.
So...baik aku tido.Hehehe

okla kawang-kawang....lum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berRAMADHAN kan??
Anggaplah ini RAmadhan TerakHir korang yer.
Selamat bersahur jugak ye.

Ok,aku nak sambung ZZZzzzzzZZZZZZZzzzzz

Thursday, July 28, 2011

terasa losernye...

Selamat hari jumaat...

Muahaha...dah lama nya aku tak update blog aku ni.Muahhahahahah...mesti korang rindu aku kan?

Yeker? yer kerrr????Muahahhahahaha.

Okla...aku terasa loser sebab tak boleh nak update blog sehebat korang la.No IDEA lorrr...huhuu

Ok,untuk menjadikan aku lebih loser berikut adalah video klip yang aku rasa macam lebih kurang.Mungkin tak sengaja tersama pulok ideanya.Adalah beberapa part yang aku rasa macam lebih kurang la.

Okla...enjoy.hehehhe..


skycrapers -demi lovato
(ok juga lagu ni)




kisah hati -aliyah
(lagu ni pun best)


So saje je aku compare 2 video nie....mungkin tak sama.Tapi konsepnya ada la sikit ciput yang sama.
Okla....till then.Tatatattatatatatat!

Sunday, July 10, 2011

selamat hari lahir!



selamat hari kejadian !!!
selamat hari tua!!!!
selamat tambah angka kat umur!!
selamat!
selamat!
selamat!.....selamatttt



8HB JULAI....adalah hari lahir tuan aku.Hahahah.Lambat sikit nak wish kat dia.Semoga panjang umur,murah rezeki,diberi kesihatan sepanjang hidup,diberi kebahagian dunia dan akhirat.AMIN........




(INILAH TUAN AKU YANG SELALU MENJAGA SERTA MEMANDI KAN AKU SETIAP SEBULAN SEKALI ITU PUN KALAU DIA INGAT)



seperti biasa aku curi gambar dia ni dalam laptop dia.hahahaha




Thursday, June 16, 2011

kisah hati...



12.00am 16th June 2011

Dear my lovely cik AMY...

Aku tahu apa yang kau alami sejak 2 tahun terakhir kehidupan kau.Aku tahu keperitan yang kau alami sejak 2 tahun ini.Pelbagai dugaan yang kau hadapi sebagai insan yang lemah lagi kerdil. Tapi tidakkah kau sedar bahawa dugaan ini yang mendekatkan diri kau kepada Allah.Malah banyak perkara yang lebih kau kenal tentang ilmu Allah ini. Tiada yang kekal di dunia ini, hanya pahala dosa akan dihitung di sana kelak.

Aku tahu kau sedih dengan apa yang kau alami.Aku mengerti. Aku kenal kau. Aku tahu kau menangis. Aku tahu luluh hati mu itu. Tapi ini semua sudah suratan takdir ke atas mu my dear..
Kau harus tabah. Kau harus kuat.

Dugaan yang kau hadapi ini, tidak la seberat dugaan sahabat mu yang lumpuh sejak 6 tahun yang lepas. Dugaan mu itu terlalu sikit berbanding dugaan yang dihadapi oleh sahabat mu itu my dear..

Bersabar lah banyak-banyak. Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia alam rahsia azali yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Hanya Dia yang mengetahuinya.

Cik AMY ku sayang...janganlah bersedih berduka hati...banyakkan bersabar..banyak kan istighfar.Moga akan datang ini adalah yang terbaik untuk kau. Rahsia Allah,kita tak tahu.Rahsia kita, Allah tahu.

Berdoalah agar Allah beri yang terbaik untuk kau, dan mohon lah agar Allah redhakan hatimu dalam setiap dugaan yang menjadi takdir untuk mu. Bersabarlah my dear...


nota rambut: aku mula-mula nak tulis surat resign untuk tuan aku ni,sebab aku nak belah dari hidup dia.Tapi tak sampai hati bile tengok dia tengah berduka lara.huhuhuh.Jiwang plak aku.Ayat di atas ayat TERBAEKK dari seekor teddy macam aku. Derrr..

Thursday, June 9, 2011

. . . saya rindu kan Lisa surihani . . .


T.O.L.O.N.G

 * boleh tak tolong aku carik idea untuk aku update blog aku...agar aku boleh menjadi seekor teddy bear yang femessss  di abad ini.

* boleh tak tolong aku carikkan aku pasangan yang sama beberbulu(bear macam aku la)

* ada sapa nak bela aku tak ?sebab aku nak antar surat resign aku kat Cik. A.M.Y aku yang dah lama sangat duduk di bawah ketiak dia..huuu tak tahan dohhhh.

* agak -agak kalau aku g karAOke kat kat GREEN BOX orang lari tak? yelah..aku kan comel..huhuhu.

* macam mana aku nak g bersiar-siar sedangkan orang awam tak boleh menerima hakikat bahawa aku adalah teddy bear yang boleh berblog.HUuuuuUHHHuuuuu~~~~~~~.

* SEKIAN ,TERIMA KASIH. sapa-sapa nak jawab..jawab lah dengan ikhlas.

p/s apa pun aku tetap rindukan nora elena...ke lisa...ke ..aaahhhh aron aziz la.hahahah

Monday, May 30, 2011

kutuk

kau kutuk orang.
Orang kutuk kau.
Kau rasa betul.
Orang pun rasa betul.
Kau rasa bagus.
Orang rasa lagi bagus.
yang pasti kenapa harga gula naik??
xder kene mengena lansung.huhuhu

Sunday, May 22, 2011

introduce you my friend

ahah!!! yeah yeah.




Salam kawan-kawan...

Hari ini aku nak perkenalkan kawan aku sorang ni. Nama dia RIO .heheheh. Aku pun pelik kenapa dia suka sangat buat aksi begini. Ahh..Dia memang macam ni. Dulu masa sekolah dia nak masuk Capoeira, tapi masih kekurangan tenaga pengajar masa tuh. Jadi bila impian dia tak kesampaian, begini la dia jadinya bila time-time kebosanan dia tiba. Heheheh. Okla itu aje luahan bangang aku hari ini. Bye...heheheh


p/s : Aku merasakan sangat sengal sebab tak boleh buat post entry yang menarik-menarik macam bloggers lain.Huuu..sekurangnya yang berilmiah ke kan kan kan.Huhuhuhu.

Sunday, May 15, 2011

untrue

  

Trust no one but trust yourself.


Boleh pakai ke ayat tuh?kalau fikiran tak waras pun susah jugak kan nak percaya diri sendiri.hahahah.

Thursday, May 5, 2011

happy hari ibu!


happy hari ibu buat semua ibu-ibu kat dunia nie.
Jangan lupa mak korang.
Doakan mereka walaupun mereka dah takder dalam dunia ni.

SELAMAT HARI IBU!!!!!!

Monday, April 25, 2011

8 gelas = per day

hi....ini aku..Belakang tu adalah botol air aku.HAHAHAHA besar tak?hehehe aku memang kuat minum.Habis satu botol satu hari.Korang manusia kene minum 8 gelas air masak sehari.Ada ke minum banyak tuh?Jaga kesihatan kawan-kawan.Kesihatan adalah harta paling berharga tau. Healthy is a wealthy..(yeke tuh?) aku tak pandai inglishhh..hahaha.OK..take care ok.hahahaha

Thursday, April 14, 2011

makbul

Assalammualaikum...

Kejap je dah hari jumaat kan?huhuhu...mesti korang rasa cepat tua kan?hahaha.Malam tadi tuan aku tido awal...aku biasa la,bile dah takder orang kat rumah ni, baru lah aku leh gerak-gerak.Yelah,karang terkejut pulak tengok ada teddy bear yang comel nie tengah tengok tv.Hehehehe.

So aku bosan,aku on tv ..aku layan tv2 ada drama siri baru.Menusuk jugak la hati kome nie..Best jugak.Tajuk dia Makbul (sebuah cerita tentang doa). Well i guess this is a good series bagi mereka yang jarang berdoa .Dalam cerita ni yang aku ingat la kan...Kartina Aziz selalu bagi tarbiah kat hubby dia, soh banyak-banyak berdoa sambil bersedekah. Tapi hubby dia mesti kata membebel dah dia nie....tak pun,bila dah susah baru nak berdoa.Muahahahah...dasyat tol.Huhuhu.Okla...kita amik pengajaran okey.Jangan la sibuk dok download CSI Las Vegas sampai season 6 ke...tak pun dok layan cite American Idol je.
Jom kita layan cite nie setiap khamis 9mlm.Kejap je...nak cuci jiwa korang yang kotor tu bagi terbukak sikit.
Layaaannnn..........zazzzzz.hehehehe.


Wednesday, April 13, 2011

IQ rendah

Salam kawan-kawan semua..

Harap semuanya sihat belaka.Aku pun sihat juga,demi menjaga tuan aku yang gila itu...hehehehe.Anyway, malam tadi aku gatal sebab aku selak selak..hehehe bunyi macam lucah.Aku selak diari tuan aku lah.Alahai....sensitip you all (uols) ni.Dulu aku pun tak tau apa (uols) tuh...Pendek cerita di mana aku pun pendek ketinggian aku ni, moh kita baca apa yang aku jumpa dalam diari dia.Korang jangan kecoh-kecoh.Kalau dia tau, mati aku.Jangan ngada-ngada nak tag-tag or like like dalam FB (macam hareeemmm) hahahah.Ini sekadar seronok-seronok je ok.Jangan makan hati nanti mati.Ahh!.Heeee


Moral of the story
  1. kalau nak kerja professional tuh fikir dulu tahap pemikiran korang.Setakat meniru time exam,baik tak payah sebab time exam tuh menguji kepoweran korang (uols) (mcm tah apa-apa "uols" tuh).
  2. Jangan rasa bile dah kerja profesional tuh ingat diri tu leh bangga gila ke? Belajar dari bawah.
  3. Jangan jadi kerek , be cool sahaja pasti orang senang bekerja dengan kita dan kita pun senang nak tanya orang banyak-banyak.
  4. Dengar cakap mak, kalau mak kata belajar menjahit jangan degil.Sekarang dah menyesal.
  5. Kalau dah termasuk bidang pro macam nie, teruskan dengan penuh semangat dan keyakinan diri.huhuhuhuhu.
  6. Jangan berangan nak jumpa Fahrin Ahmad kalau nak jadi doktor.
Adiosss!

Friday, April 8, 2011

yang hidup tetap mati...

    Selamat hari sabtu semua...
Entry kali ni aku nak kongsi sedikit pasal aku yang bersikap sinikal..huhuhu a.k.a sinis. Minggu lepas, aku tengok tuan aku stress semacam. Kesian jugak tengok dia, mungkin sebab banyak kerja agaknya. Jadi aku ni kan bear yang prihatin ke atas tuan dia kan kan kan, jadi aku bernekad untuk membantu dia untuk kurang kan stress dia. Minggu lepas aku pergi ke kedai badan a.k.a Bodyshop. Aku bercadang nak belikan dia sesuatu yang boleh membuatkan dia rasa lebih CAnnnteekkk gitu.Hehehe. Memandangkan umur dia ah lanjut, jadi aku bersetuju untuk belikan dia benda alah ni. Aku pun dok tau apa dia, tapi kat kotak tuh tulis Night cream.Aku rasa krim anti penuaan kot.Huhuuhuhuhu...
Agak agak kan, dia kecik hati tak?Atau dia seronok sebab dapat kurang kan kedut kedutan kat muka dia? Atau dia terkejut balik umah ada menda nie(Asal free, dia belasah aje)...Ahhh aku tak kisah semua tuh, janji niat aku memang dah nak bagi dia. Dan harap harap dia suka.




 
p/s : kat kotak tuh tulis slowing the ageing.Ahhhh...yeke?Korang cuba la beli.Heheheh



aku yang sengal,

Wednesday, April 6, 2011

cun macam maya karin?

 hi hi hi..

Dalam entry ni aku tak nak omong banyak banyak.Aku nak cakap yang tuan aku ni memang cepat perasan...pantang orang puji. Huhuhuh....Arini dia dok senyum sorang-sorang, sebab arini dah 2 orang puji dia lawa.Uuweeeekkkk..aku rasa cam nak muntah darah.Huhuhu..habis la...sampai sok subuh tersengih la minah nie.Kalau korang nak tau, make up dia arini yaRabbi....tebal yang amat!.Huuu mcm antu cina.

Takperla, ini je gambar dia yang aku ada.Nanti ada peluang aku curik gambar yang clearrrrr and clean punya. 
Huhuhuhu.


aku yang sengal,
littleteddypink@TP@beruang

Monday, April 4, 2011

wedding of the year...



Selamat selamat kawan-kawan..

 Malam tadi aku terbukak telinga aku dan terdengar perbualan antara tuan aku cik a.m.y bersama-sama dengan kawan dia yang datang lepaking kat umah ni. Aku pun cuba la dengar apa yang dia bualkan.

Agak serius perbualan mereka tuh..mungkin melibatkan masa depan cik a.m.y aku ni kot.Sungguh aku nak cakap kat sini, sesungguhnya dia betul-betul frust dengan apa yang berlaku. Untuk dia bukak pintu hati dia menerima LELAKI memang amat payah (kenapa mesti caps kan LELAKI tuh) tuh tanda marah...hehehe.
Jadi setelah dia bukak hati dia, kene tipu pulok lagi....jantan tuh dah ada gf. Tapi perbualan diorang ni bukan pasai mamat yang berGF tuh. Ini mungkin kisah lain.

Kisah nya begini yang dapat aku simpul di sini. JENG JENG JENG...huhuhuhu.

Kesimpulan :-  
   

  •  berjumpa dengan kawan lama yang dah 6 tahun tak jumpa.
  • dulu mamat ni memang usha cik a.m.y aku ni, tapi cik a.m.y dah ada BF (setia pada  yang satu la konon)  jadinya, dia tak layan pun la mamat ni.
  • Sepanjang 6 tahun cuma 1 kali jumpe, 2 kali sms. 
  • Hujung bulan 2 arituh mereka berjumpa kembali...tak sangka sms yang cik a.m.y send tuh saje2  jeh tapi delivered.Huhuhu. (JODOH kah)
  • Mamat ni memang suka lagi kat cik amy maka hujung bulan 3 dia ajak bertunang. Nak bercinta selepas berkahwin.Huhuhu...
  • Mama cik amy suruh hold dulu,kawan kawan dulu...jadi rilex dulu la.
  • Mamat ni keje biasa je...keje kaunter. Cik amy aku ni takut dia terungkit2 kalau kahwin ngan orang bawah pendidikan dari dia...tapi mamat ni baik. Anak Imam (Iman dapat diwarisikah). 
  • Taraf IQ tuh mungkin agak berbeza la.
  • jadi sekarang cik a.m.y aku ni, dia pening dan sengal...apakah mamat ni mr. right dia?

Entri aku ni macam poyo sikit ek...tapi korang komen lah apakah taraf pendidikan suami tuh amat penting atau karakter tuh lagi penting. And of coz la...agama pun penting kan kan kan. 

huuuuuuu...




aku yang sengal,
littleteddypink@TP@beruang



Tuesday, March 22, 2011

demi cintaku padamu....

Hi All...(chewah cakap orang putih)...hahahaha

Hari ini hari yang ceria deh. Sebabnya aku dapat bunga dari seseorang.....seseorang yang aku tak kenal.Tapi dia telah mencuit hatiku yang lara ini. Aku...aku sangat tersanngggaaattt.....gembira,terharu, tergaru dan sebagainya.

Aku medapat 6 kuntum bunga rose berkaler pink.Hhuhuhuhu..menitis air mata ku, menitis tanda terharunya aku. huuuu....sangat indah, sangat berbunga...

Siapakah gerangan itu? Akan ku siasat siapakah gerangan itu...

Terima kasih peminat misteri ku...


                           


hahaha...semua kene tipu.Aku acah je.Sebenarnya tuan aku punya bunga. Kat atas meja dia, so aku berangan la nak konon.hahahaha.Dia beli kat cameron arituh....ini gambar lama loh.Nampak sangat aku dah kering idea.KAH KAH KAH....!!!Guling guling guling!

Tuesday, March 15, 2011

Cat


Salam semua...hari ini aku nak cerita sikit pasal budak kecik ini.Mesti korang tertanya tanya sapa budak kecik nie kan.Aku ni hanyalah teddy bear,mana ada anak sedara.Hidup aku sebatang kara je.Ini anak buah tuan aku yang paling rapat dengan dia. Dia ni sudah pandai berjalan dan bercakap. Bile bercakap je, boleh buat orang gelak dalam perut.(Yeke?) 

Dia memberi gelaran kepada tuan aku sebab "Mak Cat" dan dia adalah "Cat". Bile berjumpa masing-masing akan mengiwwwaaaauuuu meeeowww.....Bile tak jumpa lama akan berdering la hp tuan aku tuh tanda "Cat" sudah windu pada "Mak Cat"

"Cat" ni semua  dia makan...tolak kayu batu je..Biasalah,budak nak membesar kan.Dia jugak kuat u`uk!hahahaha. Tahun depan bakal jadi budak Tadika "Cat" ni.Sekarang dah pandai nyanyi ABC dan baca doa makan beserta dengan pelatnya.


Pelatnya masa bercakap memang tak bleh paham kadang kadang tuh.Antara perkataan yang dipelatkan oleh "Cat" adalah seperti berikut :-


- makan = matan
-angah = anah
-tak ada = tak te
-cik su = tek tu
-botol air = totol air
-oren = oyen
-kek = tek


(tu je kot yang aku selalu dengar mse aku dalam handbag tuan aku tuh)


Antara sifat dan aktiviti yang dia selalu buat di masa lapang :-


-Buat kepap(karipap) guna tanah liat sambil pakai sunglass
-Suka ambil order "nak matan apa tek tu?"
-suka tengok dora explorer
-akan tiup "wisel" semula jadinya sebelum sepak ball.(wisel jeritan satu taman leh dengar)
-lambat tido...menyusahkan semua orang dalam rumah kalau dia tak ngantuk2 lagi.huhuhu


Sekian sahaja cerita cerihik si "Cat" ini.Moga anda terhibur.hehehe

Tuesday, March 8, 2011

NO idea NO mood

SELAMAT HARI HARI SEMUA...

BILA AKU TENUNG GAMBAR NIE...MASIH TAKDER IDEA IDEA MENARIK UNTUK AKU KARANG UNTUK BLOG AKU YANG MERAPU NIE...AKU RASA SEBAB TUAN AKU DAH 4 TAHUN TAK PERNAH MANDI KAN AKU KOT...SEBAB TUH TAKDER IDEA TAKDER MOOD.
AISEYY...TOLONG LA AKU KAWAN-KAWAN...huhuhuhu....

Tuesday, February 22, 2011

I pray for her always....


She has been fooled twice ....Be patience my dear (cik a.m.y ku sayang..)..May Allah bless you always...

p/s : aku pun tak tau di tunjuk apa...dia tunjuk UFO kot....huhuhu.Gambar di curi dari pendrive kingston dia.heheheh

Sunday, February 20, 2011

beruang gi melancong?

Salam  semua....

Pesanan beruang kepada semua sempena Maulidur Rasul ni walaupun dah lewat.." Jadikan lah diri itu sebaik yang mungkin  untuk menjadi sehebat Rasulullah..."

Okaylah...kali ini gua tak nak cakap banyak.Tapi cuti raya cina ari tuh cik a.m.y aku tuh cuti 4 hari, jadi di pergi bercuti ke cameron. Ha...cik daya...jumpa aku di cameron na...heheheh.Bila aku dapat tau dia nak gi sana, malam sebelum dia nak bergerak ke sana tuh macam biasa aaa.....aku melompat ke dalam hand bag dia yang berat macam batu tuh....
Nampak kan kedudukan aku tuh?Aku sanggup berlemas dan berhimpit semata mata aku nak pergi cameron..huuuu 



Jadi hari pertama di sana...pagi dalam pukul 10 pagi, aku follow dia (cik a.m.y)  pergi jalan-jalan...Kami ke ladang teh . Tiba di sana kami breakfast dulu...





..memang nyaman dan sangat menyegarkan suasananya...

Kemudian kami jalan jalan di ladang teh kat situ.Pergghhh nyaman giler udara kat sana...Tak macam KL,tak macam ampang yang penuh asap yang leh buat cik a.m.y aku tuh mengamuk hari hari.Betul tak Edy??Huhuhuhuh.




Malah aku leh "shoot" gambar lagi power dari kau Edy...hehehhe..Jangan marah..Nyaman tak korang tengok ladang teh ni?Kagum dan kaget aku tau.huhuhuh.



Tetiba kat dalam ladang teh tuh ada sungai...Aku pun tak perasan dari mana air tuh mengalir...lupa nak cek.Tapi memang besttt.



Ini bukti aku ke ladang teh...takut takut korang ingat aku super impose gambar...tolong sikit aaa....Smart tak sunglass aku?heheheh


Adeh...tak sempat senyum dah snap gambar..leceh tol.



Haaa....ini baru cun ,kiut kan....hehehe



Lepas penat daki ladang teh...Kami singgah kedai cactus.Best best.hehehe

Sempat lagi posing maut...wehhh punggung aku terkena duri masa tuh..adehhhh.


Lepas tuh pergi pula taman bunga...memang best.Harum je taman tuhhh..I LIKE.



Antara bunga-bunga yang ada....






Belah kiri ini bunga rose...kaler pink!Huhuhuh macam I la...hehehhe. Yang belah kanan ni aku tak tahu buah apa.Korang tau???



Ini lagi la aku tak tau buah apa...


Jadi kawan kawan...ini lah percutian pertama ku sebagai seekor teddy bear.Best giler gi sana...cuti cuti Malaysia kan..Rasa nak pergi lagi la nanti.Ada sapa mau ikuttt??????








Thursday, February 17, 2011

siapakah gerangan ini?





 Salam jumaat kengkawan....
Semoga hari ini ceria buat anda semua kerana sok kan sabtu...leh bangun lambat kan?Atau dalam erti kata lain hari membasuh sedunia atauuuuuuuuu...hari berdating dengan gewe sedunia...(jangan pegang-pegang...) hehehehe ..
Aku masih takder mood nak update blog aku yang maya karin ini..ehhh tetiba je .Alam maya ni buat aku kuat berangan...lagi lagi aku seekor teddy bear kan?...comel lak tuh...?kah kah kah...tapi malangnya aku tak suka memancing...tetiba jek.

Di sebabkan aku takdak mood nak update yang best best...ini je aku leh updat. Di atas ini disertakan sekali sekeping gambar yang mungkin korang tak tahu.Aku jumpe dalam internet...ada mat saleh letak. So, cuba kengkawan teka siapakah dia. Aku sendiri pun tak tahu.Tapi aku rasa dia penyanyi...suka buat show dengan gitar kapork dia.Keh keh keh..teka teka.

Cerita pasal gitar, tuan aku berangan nak jadi Yuna konon....main gitar bebal tak terer terer...pastuh sengal jari jari..dah kasar.Sapa la nak ngorat ko minah oooiiii...Maybe she is lonely kot...wat keje keje tak berpekdah tuh...Anyway, ini je la aku nak bebel...Have fun this weekend....!hehehehhe

Monday, February 7, 2011

no words to say...



gua tak tau nak cakap apa...yang pasti hari ini gua sangat letih dan ngantukkkk...arrrrggggghhhhhhhh!!!!!dan memikirkan masa depan gua yang tak tahu macam mana.huhuhu

Monday, January 31, 2011

inilah jawapannya..

Salam kawan kawan...

Post aku yang lepas...aku bagi lirik je..Jadi inilah lagunya...Mmm...layan...best tuh Brother nasir nyanyi..


 


 

Thursday, January 27, 2011

Beruang layan gitar KApOK

 

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku 


                                               
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima







p/s : cuba teka...lagu apa?lagu siapa?Yang pasti bukan lagu Beruang atau lagu Jason Mraz(sebab Mraz dont know how to speak in Malay) Chewahhh...