Salam...
Hari ni aku sangat capek dong. Aku follow tuan aku gi outstation. Follow pun boleh capek ek..Tapi sebenarnya dia yang penat dari 4 jam pergi ,4 jam balik dalam satu hari doh.Agak-agak pergi mana tuh??Pergi Kuantan ja bukan jauh...tapi awek drive kan.So, fizikal dia pun tak la sehebat jantan kan.
Seperti biasa aku ada dalam hand bag dia jela, tak kuar-kuar pun. Jadi semalam petang tuh, habis je dia meeting dalam pukul 4 lebih terus berdesuppppp drive balik.Takut hujan, jalan LPT tuh korang tau jelah kan,kalau hujan jalan air bertakung. Secara automatik kalau drive laju-laju lopak air tuh akan menarik tayar tuh sekali gus anda akan terbabas ntah ke mana-mana. PAHAM? Ada la semalam 3-4 kemalangan berlaku kereta terbabas...
So nak pendek cerita, opismate dia yang pergi sekali tuh , tersembur la satu soalan nak bagi minah aku nie tak ngantuk. Perbualan mereka adalah begini :
Si Jantan : Kau ada bopren tak? (Dah kahwin anak 3)
Tuan aku :Eh tetiba tanya apa hal lak. Nak tau hal personal lak
(Minah ni memang cakap kasar tapi dia cute)
Si Jantan : Takla...saje nak tau....Jawab laaa
Tuan aku : Ahhhh tak payah la.Sibuk sibuk lak. Mesti ada sebab
kan nak tanya-tanya nie.Tak nak jawab la.
Si Jantan : Haaaa ok laa...sebenarnya aku cuma nak tau je.Nak
menyelami perasaan bini kat umah tuh. Bukan pe...aku
nak tau apa perasaan dia bila aku sekarang ni dok
dalam kete gi outstation dengan ko nie. Yelah pergi
berdua...balik pun dah malam...Ko perempuan kan, jadi
mesti ko tau macam mana perasaan orang perempuan
kan.
Tuan aku : Oooooooooooooooooooooo.......cakap la dari tadi
macam tuh. Cheh! mmmm...mau tau kah??
Si Jantan : Yelah...aku tau dia kata tak kisah ,kalau dah kerja
memang perlu kan.Tapi mesti ada dia terasa hati sikit
kan??Betul tak??Mesti ada perasaan jeles kan?
Tuan aku: mmmmmm....kalau aku lah kan..
Dalam keadaan hujan yang lebat sambil drive petang semalam...mereka meneruskan perbincangan mereka itu.
Tuan aku: Mestilah jeles, walaupun pergi sebab kerja
kan...Yelah...pergi ngan anak dara lak
tuhhh..Tapi aku takder la nak ngorat ko.Aku masih
waras..... Kalau aku ditempat dia, aku
akan ada sedikit jeles dan yakin kan diri bahawa laki
aku tak buat menda-menda tak
senonoh.Tapi tengok keadaan jugak la..kalau laki aku
tuh tetiba miang semacam then aku memang kene siasat
sikit la..
Si jantan: Oooo macam tuh ko rupanya..Tapi bini aku tuh ok lagi
la.Dia percaya kat aku...aku pun takder la nak buat keje
pelik pelik ni..
Tuan aku : Ko pikir bini ko je...Habis aku nie macam takder
perasaan ke? Kadang-kadang aku memang sengaja nak
elak tak nak gi outstation ngan laki-laki orang
nie...sebab aku pun tau jaga perasaan bini bini orang
nie, walaupun hal kerja. Tapi sekali sekali memang aku
terpaksa nak gi jugak.Aku pun nak pengalaman, nak tau
macam mana nak jaga projek...macam mana nak cakap
dalam meeting..Niat aku baik tuh...Mentang-mentang la
aku single...takder maknenye aku nak ngorat hang pa
nie.
Si jantan : Aku pun tak kisah sebenarnya ko follow. Aku tau ko pun
nak belajar jugak kan.Takper aah..aku tanya je soklan
aku tuh.
Dan tuan aku tuh terus drive dan sampai di rumah dengan selamatnya selepas drop mamat tu kat Petronas.
Sekian ,terima kasih.