Thursday, October 21, 2010

bila dia menangis...

Kelmarin...
Aku tengok tuan aku tuh tiba-tiba sedih..baru aku ingat  16hb oktober...Birthday bf dia yang dah tinggalkan dia tu.Kenapa nak di kenang lagi cik oiiii..(Kalau aku cakap kang, mesti terkejut beruk minah tuh.Mesti dia ingat apa ada hantu ke bercakap). Hai barang yang lepas jangan di kenang...Tapi yelah..aku hanya seekor teddy bear yang mungkin tiada hati dan perasaan.Aku tidak dapat mengetahui atau merasa apa perasaan yang dia alami selama ini. Kisah dia aku rasa sungguh sedih bagi aku walaupun aku tiada perasaan dalam jiwa aku ini. Cehhh...ayat tak hingat.

Mungkin dia terkenangkan...selama 7 tahun diorang bercouple, tiba-tiba tahun ini birthdaynya tak dapat disambut bersama kan. Mungkin tuan aku ni rasa sunyi dan terkenang kot...tuh yang dia sedih+nangis+terkenang = wuaaaa!!!!!... Sudah-sudah la tuh...kau sedih-sedih buat apa?Mamat tuh kat sana bersuka ria, ada dia kisah kan kau?Ada dia heran kah?Tak payah membazirkan airmata mu itu untuk orang yang membuat dajjal pada mu. Sesungguh nya dia rugi tak dapat kau kerana kau pandai masak,pandai buat coklat, pandai buat lawak,kerja pun profesional...bukannya jenis perampas hak orang. Well... aku pun tak paham dengan dunia manusia ni...tak pernah berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang didepan mata. Buta dengan apa yang ada didepan mata sendiri..nak juga sesuatu benda yang memang belum kenal pasti tuh.Apa pun, harap tuan aku nie tenang kembali.


Minah ni, konon la beli novel tebal...untuk gembirakan hati dia yang luka dan lara tu...tapi tak tahula sampai bila habis bacanya tu.//

wayang pun tengok.Gilo apo minah nie


Dia dok sibuk baca novel tuh, aku lak layan tv1 tgk konsert fenomena...dasyat juga.Ada Aris ariwatan, Ramli Sarip,dan ramai lagi penyanyi lama...Tapi aku cuma sempat tengok Aris Ariwatan nyanyi..memang superbbb!! Ni aku sempat rekod dia nyanyi masa tuh...sorryla,suara nya agak slow kena buka volume kuat-kuat.Maybe dalam youtube ada gamaknya..So enjoyla dengan video ni ye..he he he he he.

video



7 comments:

  1. suka kat aris ariwatan.suara dia sedap

    ReplyDelete
  2. E.d.y...terbaeekkk.

    Encik Gorilla...everybody can talk.Ha ha ha

    ReplyDelete
  3. ermmm bila baca, cam terasa beruang yg bercakap...heheheheh apa2 pesan kt tuan awk, jgn sedih2 tau, mana tahu nnt dapat yg lebih better dari tu...

    ReplyDelete
  4. umiey..(teringat lagu dato shake lak..he he hehe)

    memang ini beruang yang bercakap.Oklah cik umiey.Akan saya sampaikan pesanan anda itu ye.Yela...kesian tengok dia..kadang-kadang dah macam tak terurus hidup dia. hu huhu.Tq cik umiey yang comel ini. he he he he

    ReplyDelete
  5. Semoga tuan punya bear tabah menghadapi dugaan,

    ReplyDelete
  6. .:Daya: sama-sama kita doankan untuk dia ek.Amin...

    ReplyDelete