Monday, April 25, 2011

8 gelas = per day

hi....ini aku..Belakang tu adalah botol air aku.HAHAHAHA besar tak?hehehe aku memang kuat minum.Habis satu botol satu hari.Korang manusia kene minum 8 gelas air masak sehari.Ada ke minum banyak tuh?Jaga kesihatan kawan-kawan.Kesihatan adalah harta paling berharga tau. Healthy is a wealthy..(yeke tuh?) aku tak pandai inglishhh..hahaha.OK..take care ok.hahahaha

Thursday, April 14, 2011

makbul

Assalammualaikum...

Kejap je dah hari jumaat kan?huhuhu...mesti korang rasa cepat tua kan?hahaha.Malam tadi tuan aku tido awal...aku biasa la,bile dah takder orang kat rumah ni, baru lah aku leh gerak-gerak.Yelah,karang terkejut pulak tengok ada teddy bear yang comel nie tengah tengok tv.Hehehehe.

So aku bosan,aku on tv ..aku layan tv2 ada drama siri baru.Menusuk jugak la hati kome nie..Best jugak.Tajuk dia Makbul (sebuah cerita tentang doa). Well i guess this is a good series bagi mereka yang jarang berdoa .Dalam cerita ni yang aku ingat la kan...Kartina Aziz selalu bagi tarbiah kat hubby dia, soh banyak-banyak berdoa sambil bersedekah. Tapi hubby dia mesti kata membebel dah dia nie....tak pun,bila dah susah baru nak berdoa.Muahahahah...dasyat tol.Huhuhu.Okla...kita amik pengajaran okey.Jangan la sibuk dok download CSI Las Vegas sampai season 6 ke...tak pun dok layan cite American Idol je.
Jom kita layan cite nie setiap khamis 9mlm.Kejap je...nak cuci jiwa korang yang kotor tu bagi terbukak sikit.
Layaaannnn..........zazzzzz.hehehehe.


Wednesday, April 13, 2011

IQ rendah

Salam kawan-kawan semua..

Harap semuanya sihat belaka.Aku pun sihat juga,demi menjaga tuan aku yang gila itu...hehehehe.Anyway, malam tadi aku gatal sebab aku selak selak..hehehe bunyi macam lucah.Aku selak diari tuan aku lah.Alahai....sensitip you all (uols) ni.Dulu aku pun tak tau apa (uols) tuh...Pendek cerita di mana aku pun pendek ketinggian aku ni, moh kita baca apa yang aku jumpa dalam diari dia.Korang jangan kecoh-kecoh.Kalau dia tau, mati aku.Jangan ngada-ngada nak tag-tag or like like dalam FB (macam hareeemmm) hahahah.Ini sekadar seronok-seronok je ok.Jangan makan hati nanti mati.Ahh!.Heeee


Moral of the story
  1. kalau nak kerja professional tuh fikir dulu tahap pemikiran korang.Setakat meniru time exam,baik tak payah sebab time exam tuh menguji kepoweran korang (uols) (mcm tah apa-apa "uols" tuh).
  2. Jangan rasa bile dah kerja profesional tuh ingat diri tu leh bangga gila ke? Belajar dari bawah.
  3. Jangan jadi kerek , be cool sahaja pasti orang senang bekerja dengan kita dan kita pun senang nak tanya orang banyak-banyak.
  4. Dengar cakap mak, kalau mak kata belajar menjahit jangan degil.Sekarang dah menyesal.
  5. Kalau dah termasuk bidang pro macam nie, teruskan dengan penuh semangat dan keyakinan diri.huhuhuhuhu.
  6. Jangan berangan nak jumpa Fahrin Ahmad kalau nak jadi doktor.
Adiosss!

Friday, April 8, 2011

yang hidup tetap mati...

    Selamat hari sabtu semua...
Entry kali ni aku nak kongsi sedikit pasal aku yang bersikap sinikal..huhuhu a.k.a sinis. Minggu lepas, aku tengok tuan aku stress semacam. Kesian jugak tengok dia, mungkin sebab banyak kerja agaknya. Jadi aku ni kan bear yang prihatin ke atas tuan dia kan kan kan, jadi aku bernekad untuk membantu dia untuk kurang kan stress dia. Minggu lepas aku pergi ke kedai badan a.k.a Bodyshop. Aku bercadang nak belikan dia sesuatu yang boleh membuatkan dia rasa lebih CAnnnteekkk gitu.Hehehe. Memandangkan umur dia ah lanjut, jadi aku bersetuju untuk belikan dia benda alah ni. Aku pun dok tau apa dia, tapi kat kotak tuh tulis Night cream.Aku rasa krim anti penuaan kot.Huhuuhuhuhu...
Agak agak kan, dia kecik hati tak?Atau dia seronok sebab dapat kurang kan kedut kedutan kat muka dia? Atau dia terkejut balik umah ada menda nie(Asal free, dia belasah aje)...Ahhh aku tak kisah semua tuh, janji niat aku memang dah nak bagi dia. Dan harap harap dia suka.




 
p/s : kat kotak tuh tulis slowing the ageing.Ahhhh...yeke?Korang cuba la beli.Heheheh



aku yang sengal,

Wednesday, April 6, 2011

cun macam maya karin?

 hi hi hi..

Dalam entry ni aku tak nak omong banyak banyak.Aku nak cakap yang tuan aku ni memang cepat perasan...pantang orang puji. Huhuhuh....Arini dia dok senyum sorang-sorang, sebab arini dah 2 orang puji dia lawa.Uuweeeekkkk..aku rasa cam nak muntah darah.Huhuhu..habis la...sampai sok subuh tersengih la minah nie.Kalau korang nak tau, make up dia arini yaRabbi....tebal yang amat!.Huuu mcm antu cina.

Takperla, ini je gambar dia yang aku ada.Nanti ada peluang aku curik gambar yang clearrrrr and clean punya. 
Huhuhuhu.


aku yang sengal,
littleteddypink@TP@beruang

Monday, April 4, 2011

wedding of the year...



Selamat selamat kawan-kawan..

 Malam tadi aku terbukak telinga aku dan terdengar perbualan antara tuan aku cik a.m.y bersama-sama dengan kawan dia yang datang lepaking kat umah ni. Aku pun cuba la dengar apa yang dia bualkan.

Agak serius perbualan mereka tuh..mungkin melibatkan masa depan cik a.m.y aku ni kot.Sungguh aku nak cakap kat sini, sesungguhnya dia betul-betul frust dengan apa yang berlaku. Untuk dia bukak pintu hati dia menerima LELAKI memang amat payah (kenapa mesti caps kan LELAKI tuh) tuh tanda marah...hehehe.
Jadi setelah dia bukak hati dia, kene tipu pulok lagi....jantan tuh dah ada gf. Tapi perbualan diorang ni bukan pasai mamat yang berGF tuh. Ini mungkin kisah lain.

Kisah nya begini yang dapat aku simpul di sini. JENG JENG JENG...huhuhuhu.

Kesimpulan :-  
   

  •  berjumpa dengan kawan lama yang dah 6 tahun tak jumpa.
  • dulu mamat ni memang usha cik a.m.y aku ni, tapi cik a.m.y dah ada BF (setia pada  yang satu la konon)  jadinya, dia tak layan pun la mamat ni.
  • Sepanjang 6 tahun cuma 1 kali jumpe, 2 kali sms. 
  • Hujung bulan 2 arituh mereka berjumpa kembali...tak sangka sms yang cik a.m.y send tuh saje2  jeh tapi delivered.Huhuhu. (JODOH kah)
  • Mamat ni memang suka lagi kat cik amy maka hujung bulan 3 dia ajak bertunang. Nak bercinta selepas berkahwin.Huhuhu...
  • Mama cik amy suruh hold dulu,kawan kawan dulu...jadi rilex dulu la.
  • Mamat ni keje biasa je...keje kaunter. Cik amy aku ni takut dia terungkit2 kalau kahwin ngan orang bawah pendidikan dari dia...tapi mamat ni baik. Anak Imam (Iman dapat diwarisikah). 
  • Taraf IQ tuh mungkin agak berbeza la.
  • jadi sekarang cik a.m.y aku ni, dia pening dan sengal...apakah mamat ni mr. right dia?

Entri aku ni macam poyo sikit ek...tapi korang komen lah apakah taraf pendidikan suami tuh amat penting atau karakter tuh lagi penting. And of coz la...agama pun penting kan kan kan. 

huuuuuuu...




aku yang sengal,
littleteddypink@TP@beruang