Sunday, July 10, 2011

selamat hari lahir!



selamat hari kejadian !!!
selamat hari tua!!!!
selamat tambah angka kat umur!!
selamat!
selamat!
selamat!.....selamatttt



8HB JULAI....adalah hari lahir tuan aku.Hahahah.Lambat sikit nak wish kat dia.Semoga panjang umur,murah rezeki,diberi kesihatan sepanjang hidup,diberi kebahagian dunia dan akhirat.AMIN........




(INILAH TUAN AKU YANG SELALU MENJAGA SERTA MEMANDI KAN AKU SETIAP SEBULAN SEKALI ITU PUN KALAU DIA INGAT)



seperti biasa aku curi gambar dia ni dalam laptop dia.hahahaha




Thursday, June 16, 2011

kisah hati...



12.00am 16th June 2011

Dear my lovely cik AMY...

Aku tahu apa yang kau alami sejak 2 tahun terakhir kehidupan kau.Aku tahu keperitan yang kau alami sejak 2 tahun ini.Pelbagai dugaan yang kau hadapi sebagai insan yang lemah lagi kerdil. Tapi tidakkah kau sedar bahawa dugaan ini yang mendekatkan diri kau kepada Allah.Malah banyak perkara yang lebih kau kenal tentang ilmu Allah ini. Tiada yang kekal di dunia ini, hanya pahala dosa akan dihitung di sana kelak.

Aku tahu kau sedih dengan apa yang kau alami.Aku mengerti. Aku kenal kau. Aku tahu kau menangis. Aku tahu luluh hati mu itu. Tapi ini semua sudah suratan takdir ke atas mu my dear..
Kau harus tabah. Kau harus kuat.

Dugaan yang kau hadapi ini, tidak la seberat dugaan sahabat mu yang lumpuh sejak 6 tahun yang lepas. Dugaan mu itu terlalu sikit berbanding dugaan yang dihadapi oleh sahabat mu itu my dear..

Bersabar lah banyak-banyak. Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia alam rahsia azali yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Hanya Dia yang mengetahuinya.

Cik AMY ku sayang...janganlah bersedih berduka hati...banyakkan bersabar..banyak kan istighfar.Moga akan datang ini adalah yang terbaik untuk kau. Rahsia Allah,kita tak tahu.Rahsia kita, Allah tahu.

Berdoalah agar Allah beri yang terbaik untuk kau, dan mohon lah agar Allah redhakan hatimu dalam setiap dugaan yang menjadi takdir untuk mu. Bersabarlah my dear...


nota rambut: aku mula-mula nak tulis surat resign untuk tuan aku ni,sebab aku nak belah dari hidup dia.Tapi tak sampai hati bile tengok dia tengah berduka lara.huhuhuh.Jiwang plak aku.Ayat di atas ayat TERBAEKK dari seekor teddy macam aku. Derrr..

Thursday, June 9, 2011

. . . saya rindu kan Lisa surihani . . .


T.O.L.O.N.G

 * boleh tak tolong aku carik idea untuk aku update blog aku...agar aku boleh menjadi seekor teddy bear yang femessss  di abad ini.

* boleh tak tolong aku carikkan aku pasangan yang sama beberbulu(bear macam aku la)

* ada sapa nak bela aku tak ?sebab aku nak antar surat resign aku kat Cik. A.M.Y aku yang dah lama sangat duduk di bawah ketiak dia..huuu tak tahan dohhhh.

* agak -agak kalau aku g karAOke kat kat GREEN BOX orang lari tak? yelah..aku kan comel..huhuhu.

* macam mana aku nak g bersiar-siar sedangkan orang awam tak boleh menerima hakikat bahawa aku adalah teddy bear yang boleh berblog.HUuuuuUHHHuuuuu~~~~~~~.

* SEKIAN ,TERIMA KASIH. sapa-sapa nak jawab..jawab lah dengan ikhlas.

p/s apa pun aku tetap rindukan nora elena...ke lisa...ke ..aaahhhh aron aziz la.hahahah

Monday, May 30, 2011

kutuk

kau kutuk orang.
Orang kutuk kau.
Kau rasa betul.
Orang pun rasa betul.
Kau rasa bagus.
Orang rasa lagi bagus.
yang pasti kenapa harga gula naik??
xder kene mengena lansung.huhuhu

Sunday, May 22, 2011

introduce you my friend

ahah!!! yeah yeah.




Salam kawan-kawan...

Hari ini aku nak perkenalkan kawan aku sorang ni. Nama dia RIO .heheheh. Aku pun pelik kenapa dia suka sangat buat aksi begini. Ahh..Dia memang macam ni. Dulu masa sekolah dia nak masuk Capoeira, tapi masih kekurangan tenaga pengajar masa tuh. Jadi bila impian dia tak kesampaian, begini la dia jadinya bila time-time kebosanan dia tiba. Heheheh. Okla itu aje luahan bangang aku hari ini. Bye...heheheh


p/s : Aku merasakan sangat sengal sebab tak boleh buat post entry yang menarik-menarik macam bloggers lain.Huuu..sekurangnya yang berilmiah ke kan kan kan.Huhuhuhu.

Sunday, May 15, 2011

untrue

  

Trust no one but trust yourself.


Boleh pakai ke ayat tuh?kalau fikiran tak waras pun susah jugak kan nak percaya diri sendiri.hahahah.

Thursday, May 5, 2011

happy hari ibu!


happy hari ibu buat semua ibu-ibu kat dunia nie.
Jangan lupa mak korang.
Doakan mereka walaupun mereka dah takder dalam dunia ni.

SELAMAT HARI IBU!!!!!!