Wednesday, April 13, 2011

IQ rendah

Salam kawan-kawan semua..

Harap semuanya sihat belaka.Aku pun sihat juga,demi menjaga tuan aku yang gila itu...hehehehe.Anyway, malam tadi aku gatal sebab aku selak selak..hehehe bunyi macam lucah.Aku selak diari tuan aku lah.Alahai....sensitip you all (uols) ni.Dulu aku pun tak tau apa (uols) tuh...Pendek cerita di mana aku pun pendek ketinggian aku ni, moh kita baca apa yang aku jumpa dalam diari dia.Korang jangan kecoh-kecoh.Kalau dia tau, mati aku.Jangan ngada-ngada nak tag-tag or like like dalam FB (macam hareeemmm) hahahah.Ini sekadar seronok-seronok je ok.Jangan makan hati nanti mati.Ahh!.Heeee


Moral of the story
  1. kalau nak kerja professional tuh fikir dulu tahap pemikiran korang.Setakat meniru time exam,baik tak payah sebab time exam tuh menguji kepoweran korang (uols) (mcm tah apa-apa "uols" tuh).
  2. Jangan rasa bile dah kerja profesional tuh ingat diri tu leh bangga gila ke? Belajar dari bawah.
  3. Jangan jadi kerek , be cool sahaja pasti orang senang bekerja dengan kita dan kita pun senang nak tanya orang banyak-banyak.
  4. Dengar cakap mak, kalau mak kata belajar menjahit jangan degil.Sekarang dah menyesal.
  5. Kalau dah termasuk bidang pro macam nie, teruskan dengan penuh semangat dan keyakinan diri.huhuhuhuhu.
  6. Jangan berangan nak jumpa Fahrin Ahmad kalau nak jadi doktor.
Adiosss!

Friday, April 8, 2011

yang hidup tetap mati...

    Selamat hari sabtu semua...
Entry kali ni aku nak kongsi sedikit pasal aku yang bersikap sinikal..huhuhu a.k.a sinis. Minggu lepas, aku tengok tuan aku stress semacam. Kesian jugak tengok dia, mungkin sebab banyak kerja agaknya. Jadi aku ni kan bear yang prihatin ke atas tuan dia kan kan kan, jadi aku bernekad untuk membantu dia untuk kurang kan stress dia. Minggu lepas aku pergi ke kedai badan a.k.a Bodyshop. Aku bercadang nak belikan dia sesuatu yang boleh membuatkan dia rasa lebih CAnnnteekkk gitu.Hehehe. Memandangkan umur dia ah lanjut, jadi aku bersetuju untuk belikan dia benda alah ni. Aku pun dok tau apa dia, tapi kat kotak tuh tulis Night cream.Aku rasa krim anti penuaan kot.Huhuuhuhuhu...
Agak agak kan, dia kecik hati tak?Atau dia seronok sebab dapat kurang kan kedut kedutan kat muka dia? Atau dia terkejut balik umah ada menda nie(Asal free, dia belasah aje)...Ahhh aku tak kisah semua tuh, janji niat aku memang dah nak bagi dia. Dan harap harap dia suka.




 
p/s : kat kotak tuh tulis slowing the ageing.Ahhhh...yeke?Korang cuba la beli.Heheheh



aku yang sengal,

Wednesday, April 6, 2011

cun macam maya karin?

 hi hi hi..

Dalam entry ni aku tak nak omong banyak banyak.Aku nak cakap yang tuan aku ni memang cepat perasan...pantang orang puji. Huhuhuh....Arini dia dok senyum sorang-sorang, sebab arini dah 2 orang puji dia lawa.Uuweeeekkkk..aku rasa cam nak muntah darah.Huhuhu..habis la...sampai sok subuh tersengih la minah nie.Kalau korang nak tau, make up dia arini yaRabbi....tebal yang amat!.Huuu mcm antu cina.

Takperla, ini je gambar dia yang aku ada.Nanti ada peluang aku curik gambar yang clearrrrr and clean punya. 
Huhuhuhu.


aku yang sengal,
littleteddypink@TP@beruang

Monday, April 4, 2011

wedding of the year...



Selamat selamat kawan-kawan..

 Malam tadi aku terbukak telinga aku dan terdengar perbualan antara tuan aku cik a.m.y bersama-sama dengan kawan dia yang datang lepaking kat umah ni. Aku pun cuba la dengar apa yang dia bualkan.

Agak serius perbualan mereka tuh..mungkin melibatkan masa depan cik a.m.y aku ni kot.Sungguh aku nak cakap kat sini, sesungguhnya dia betul-betul frust dengan apa yang berlaku. Untuk dia bukak pintu hati dia menerima LELAKI memang amat payah (kenapa mesti caps kan LELAKI tuh) tuh tanda marah...hehehe.
Jadi setelah dia bukak hati dia, kene tipu pulok lagi....jantan tuh dah ada gf. Tapi perbualan diorang ni bukan pasai mamat yang berGF tuh. Ini mungkin kisah lain.

Kisah nya begini yang dapat aku simpul di sini. JENG JENG JENG...huhuhuhu.

Kesimpulan :-  
   

  •  berjumpa dengan kawan lama yang dah 6 tahun tak jumpa.
  • dulu mamat ni memang usha cik a.m.y aku ni, tapi cik a.m.y dah ada BF (setia pada  yang satu la konon)  jadinya, dia tak layan pun la mamat ni.
  • Sepanjang 6 tahun cuma 1 kali jumpe, 2 kali sms. 
  • Hujung bulan 2 arituh mereka berjumpa kembali...tak sangka sms yang cik a.m.y send tuh saje2  jeh tapi delivered.Huhuhu. (JODOH kah)
  • Mamat ni memang suka lagi kat cik amy maka hujung bulan 3 dia ajak bertunang. Nak bercinta selepas berkahwin.Huhuhu...
  • Mama cik amy suruh hold dulu,kawan kawan dulu...jadi rilex dulu la.
  • Mamat ni keje biasa je...keje kaunter. Cik amy aku ni takut dia terungkit2 kalau kahwin ngan orang bawah pendidikan dari dia...tapi mamat ni baik. Anak Imam (Iman dapat diwarisikah). 
  • Taraf IQ tuh mungkin agak berbeza la.
  • jadi sekarang cik a.m.y aku ni, dia pening dan sengal...apakah mamat ni mr. right dia?

Entri aku ni macam poyo sikit ek...tapi korang komen lah apakah taraf pendidikan suami tuh amat penting atau karakter tuh lagi penting. And of coz la...agama pun penting kan kan kan. 

huuuuuuu...




aku yang sengal,
littleteddypink@TP@beruang



Tuesday, March 22, 2011

demi cintaku padamu....

Hi All...(chewah cakap orang putih)...hahahaha

Hari ini hari yang ceria deh. Sebabnya aku dapat bunga dari seseorang.....seseorang yang aku tak kenal.Tapi dia telah mencuit hatiku yang lara ini. Aku...aku sangat tersanngggaaattt.....gembira,terharu, tergaru dan sebagainya.

Aku medapat 6 kuntum bunga rose berkaler pink.Hhuhuhuhu..menitis air mata ku, menitis tanda terharunya aku. huuuu....sangat indah, sangat berbunga...

Siapakah gerangan itu? Akan ku siasat siapakah gerangan itu...

Terima kasih peminat misteri ku...


                           


hahaha...semua kene tipu.Aku acah je.Sebenarnya tuan aku punya bunga. Kat atas meja dia, so aku berangan la nak konon.hahahaha.Dia beli kat cameron arituh....ini gambar lama loh.Nampak sangat aku dah kering idea.KAH KAH KAH....!!!Guling guling guling!

Tuesday, March 15, 2011

Cat


Salam semua...hari ini aku nak cerita sikit pasal budak kecik ini.Mesti korang tertanya tanya sapa budak kecik nie kan.Aku ni hanyalah teddy bear,mana ada anak sedara.Hidup aku sebatang kara je.Ini anak buah tuan aku yang paling rapat dengan dia. Dia ni sudah pandai berjalan dan bercakap. Bile bercakap je, boleh buat orang gelak dalam perut.(Yeke?) 

Dia memberi gelaran kepada tuan aku sebab "Mak Cat" dan dia adalah "Cat". Bile berjumpa masing-masing akan mengiwwwaaaauuuu meeeowww.....Bile tak jumpa lama akan berdering la hp tuan aku tuh tanda "Cat" sudah windu pada "Mak Cat". 

"Cat" ni semua  dia makan...tolak kayu batu je..Biasalah,budak nak membesar kan.Dia jugak kuat u`uk!hahahaha. Tahun depan bakal jadi budak Tadika "Cat" ni.Sekarang dah pandai nyanyi ABC dan baca doa makan beserta dengan pelatnya.


Pelatnya masa bercakap memang tak bleh paham kadang kadang tuh.Antara perkataan yang dipelatkan oleh "Cat" adalah seperti berikut :-


- makan = matan
-angah = anah
-tak ada = tak te
-cik su = tek tu
-botol air = totol air
-oren = oyen
-kek = tek


(tu je kot yang aku selalu dengar mse aku dalam handbag tuan aku tuh)


Antara sifat dan aktiviti yang dia selalu buat di masa lapang :-


-Buat kepap(karipap) guna tanah liat sambil pakai sunglass
-Suka ambil order "nak matan apa tek tu?"
-suka tengok dora explorer
-akan tiup "wisel" semula jadinya sebelum sepak ball.(wisel jeritan satu taman leh dengar)
-lambat tido...menyusahkan semua orang dalam rumah kalau dia tak ngantuk2 lagi.huhuhu


Sekian sahaja cerita cerihik si "Cat" ini.Moga anda terhibur.hehehe

Tuesday, March 8, 2011

NO idea NO mood

SELAMAT HARI HARI SEMUA...

BILA AKU TENUNG GAMBAR NIE...MASIH TAKDER IDEA IDEA MENARIK UNTUK AKU KARANG UNTUK BLOG AKU YANG MERAPU NIE...AKU RASA SEBAB TUAN AKU DAH 4 TAHUN TAK PERNAH MANDI KAN AKU KOT...SEBAB TUH TAKDER IDEA TAKDER MOOD.
AISEYY...TOLONG LA AKU KAWAN-KAWAN...huhuhuhu....