Thursday, November 18, 2010

muka buku




Salam semua...

Haii..hari ini aku nak jadi serius sikit...Aku terpanggil untuk tanya soalan  ?  yang besar  dalam otak aku selama ini. Apa bestnya dengan fesbuk ek ek ek? Bukan apa...aku tengok orang mana-mana dok cakap hal fesbuk. Pagi tadi aku dengar radio ERA pun dok cakap rakyat Malaysia adalah yang paling tertinggi guna fesbuk di Asia. Wah wah...orang JEPUN pulok paling terendah guna fesbuk. Bagi aku ada 1 je kebaikannya iaitu boleh contact semula kawan-kawan lama.Tapi terlalu banyak keburukannya, lebih -lebih lagi kalau dok mengumpat atau memaki seranah..Alahai...lantak korang je la...tapi lebih melagha kan adalah. Well ini pendapat aku sebagai seekor teddy bear tau! Apa pendapat korang pulak sebagai manusia.he he he he. Apa pun, best sangat ke dapat kaya kan budak YAHUDI (Mark Zuckerberg) sekor nie ekk??heee




5 comments:

  1. FB nie banyak kebaikan dan keburukkan nya,
    sebagai manusia kena laa pandai gunapakai FB nie
    jangan salahguna pulakkan

    Untung jadi Teddybear tak payah PK pasal masalah manusia
    hikhik

    ReplyDelete
  2. use it wisely ^_____^

    ReplyDelete
  3. MahaRani..

    Sudah tukar nama kah?pendapat ko memang ngam.He he he.Tapi aku perhati dan teliti ramai salah guna je.Takpelah..asalkan aku bahagia.Ha ha ha

    untung ker jadi Teddy bear??huu
    TQ pendapat ko.



    Cik Olive...

    heh...people use it wrongly..hee
    TQ pendapat ko.

    ReplyDelete
  4. kat China lg la..facebook diharamkan...dieorg mmg xboleh bukak facebook...kene blocked kat sana...dieorg ada website yg ala2 facebook tp just untuk kegunaan dalam china je..org luar china mmg xboleh bukak and access website tu...xingat nama dia apa

    ReplyDelete
  5. E.d.Y..betul ke edy?Aku kagum kalau macam tuh.Sebenarnya aku tak suka FB nie..banyak sangat salah guna nya orang Malaysia ni.Bila tegur sikit..melenting.Kisah rumah tangga pun nak shout out kat situ.Ishhh..pelik dunia manusia ni..huuu

    ReplyDelete