Wednesday, October 27, 2010

Thursday, October 21, 2010

bila dia menangis...

Kelmarin...
Aku tengok tuan aku tuh tiba-tiba sedih..baru aku ingat  16hb oktober...Birthday bf dia yang dah tinggalkan dia tu.Kenapa nak di kenang lagi cik oiiii..(Kalau aku cakap kang, mesti terkejut beruk minah tuh.Mesti dia ingat apa ada hantu ke bercakap). Hai barang yang lepas jangan di kenang...Tapi yelah..aku hanya seekor teddy bear yang mungkin tiada hati dan perasaan.Aku tidak dapat mengetahui atau merasa apa perasaan yang dia alami selama ini. Kisah dia aku rasa sungguh sedih bagi aku walaupun aku tiada perasaan dalam jiwa aku ini. Cehhh...ayat tak hingat.

Mungkin dia terkenangkan...selama 7 tahun diorang bercouple, tiba-tiba tahun ini birthdaynya tak dapat disambut bersama kan. Mungkin tuan aku ni rasa sunyi dan terkenang kot...tuh yang dia sedih+nangis+terkenang = wuaaaa!!!!!... Sudah-sudah la tuh...kau sedih-sedih buat apa?Mamat tuh kat sana bersuka ria, ada dia kisah kan kau?Ada dia heran kah?Tak payah membazirkan airmata mu itu untuk orang yang membuat dajjal pada mu. Sesungguh nya dia rugi tak dapat kau kerana kau pandai masak,pandai buat coklat, pandai buat lawak,kerja pun profesional...bukannya jenis perampas hak orang. Well... aku pun tak paham dengan dunia manusia ni...tak pernah berterima kasih dan bersyukur dengan apa yang didepan mata. Buta dengan apa yang ada didepan mata sendiri..nak juga sesuatu benda yang memang belum kenal pasti tuh.Apa pun, harap tuan aku nie tenang kembali.


Minah ni, konon la beli novel tebal...untuk gembirakan hati dia yang luka dan lara tu...tapi tak tahula sampai bila habis bacanya tu.//

wayang pun tengok.Gilo apo minah nie


Dia dok sibuk baca novel tuh, aku lak layan tv1 tgk konsert fenomena...dasyat juga.Ada Aris ariwatan, Ramli Sarip,dan ramai lagi penyanyi lama...Tapi aku cuma sempat tengok Aris Ariwatan nyanyi..memang superbbb!! Ni aku sempat rekod dia nyanyi masa tuh...sorryla,suara nya agak slow kena buka volume kuat-kuat.Maybe dalam youtube ada gamaknya..So enjoyla dengan video ni ye..he he he he he.




Thursday, October 7, 2010

kesian tuan aku...huhuhuh

Hi ..assalammualaikum! Selamat hari jumaat!...OHAYO..he he he he..belajar dari tuan aku.


Sudah seminggu aku baru bukak blog nie..tak ramai sangat pun kawan yang dapat aku carik.Puas aku cari cari..tapi di mana ya...takperla..bersabar je la yeh. Eh eh eh..
Apa yang aku nak cerita ni adalah berkaitan dengan tuan aku. Kesian dia..tulah..suka gelak kuat!Bila dah gelak tak ingat dunia.Padan muka ko.Ha ha ha ha.
(curi dari googling)
Sampai je rumah...ngadu sorang sorang atas katil sambil pegang-pegang,tiup tiup ibu jari dia yang comel tuh. Rupanya masa nak balik rumah tu kan...jari dia tuh terkepit kat pintu kereta!ha ha ha ha!




Padan muka ko. Tu la...buat benda lain, fikir benda lain.Pelik aku dengan minah nie..Ish ish..ish. Kesian juga aku tengok jari dia.Bengkak juga tuh. Cuba bayangkan macam dalam kartun tom & jerry kan...


(curi dari googling)

bila tom nak pukul jerry tapi terkena ekor dia. Menyala nyala macam lampu siren ambulans tuh.





HA HA HA HA. I cannot imagine lah. he he he he..(gelak setan). Mesti dalam hati dia, masa kene tuh menyumpah kereta tuh tapi dalam hati jela sebab dia tumpang kereta kawan dia. Vios lak tuh...hu hu hu. Tulah...aku cuma boleh bagi nasihat...sila lah hati-hati dalam setiap apa yang dilakukan tuh. Otak tuh jangan letak kat lutut....letak kat dalam tengkorak ok. Sabarye cik a.m.y...hu hu huhu

Sunday, October 3, 2010

~salam berkenalan~

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

    Hai rakan-rakan sekalian. Salam berkenalan dari aku. Aku adalah seekor teddybear yang tiada punya harta dan rupa. Aku hanya cuma mempunyai kasih sayang yang tidak terbelah daripada tuan aku yang comel itu. Syukur sangat kerana akhirnya aku berjaya membuka `blog` yang sudah lama aku idam-idamkan. Takut kalau-kalau terkantoi dengan tuan aku.. he he he he...

   Okaylah rakan-rakan. Untuk `posting` aku yang pertama ini, adalah lebih baik aku perkenalkan diri aku yang comel ini kepada anda semua. He he he he. Harapan aku agar aku dapat ramai kenalan dari `blog` aku ini. Semoga Allah membantu anda sekalian dalam melakukan pelbagai aktiviti sepanjang nyawa itu masih ada. (chewahhhh ayat tak hingat). he he he he..

Disini aku sertakan sekali biodata atau C.V aku .he he he



OBJECTIVE : Mencari kenalan dari seluruh dunia melalui `blogging` serta berkongsi cerita tentang kehidupan aku sebagai teddybear bersama tuannya yang kadang-kadang bengong sedikit. Serta tidak lupa untuk mendapatkan sebarang pendapat serta pandangan dari hati ke hati serta tulus ikhlas dari anda semua.

NAMA : Teddypink a/k cik a.m.y

NAMA SAMARAN : TP

UMUR :  8 tahun

BERAT : 50gram

TINGGI : 7cm

WARNA MATA : Hitam

TEMPAT KELAHIRAN : Kedai farmasi Watson

ALAMAT : s.d.a

ADIK BERADIK : Anak tunggal

KELULUSAN : Tidak bersekolah sedari lahir lagi

HOBI : Mengendap tuan aku .. he he he
            Sekarang (blogging)

CITA-CITA : Menjadi teddy bear yang berjaya dunia dan akhirat.

EMAIL : littleteddypink@gmail.com