Thursday, September 29, 2011

dunia oh dunia

Assalammualaikum....kawan-kawan.

Tak rindukah kamu pada aku yang comel ini?Aku pun rindu bangat sama korang. Apa-apa aku nak ucapkan seribu kemaafan kerana dah lama tak melawat blog korang yang mantap-mantap itu. Aku pun dah lama tak update blog aku ini. Bukan apa, tuan aku punya broadband dah lama tak bayor, jadinya aku tak bleh nak guna tenet.Hampeh je.

Aku tak sibuk mana, biasalah hidup aku cuma berangan je, aku bukan ada daya nak naik LRT pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk ke atau pergi makan satay Kajang ker atau pergi Ulu Yam mandi ke atau...eh berapa banyak atau dah..Sebab aku bukannya larat nak jalan. Semput sehhh.
Jadi harini aku bukan nak cerita pasal aku, tapi aku sekadar nak berkongsi cerita. Cerita apa kah itu??Jeng jeng jeng.....Biasalah kisah si tuan aku yang weng itu.
Sekarang ini dia sangat sangat sibuk dengan dunia nie. Sejak 3 bulan ke belakangan ni, bukan main sibuknya.
Nak di katakan hari hari dia balik lewat dari kerja. Kadang-kadang hari Ahad pun datang opis.Mentang-mentanglah opis dia belakang umah.Hahahaha.

Jadi aku ni pun kesian kat dia. Kerja bukan main sibuk, tapi badan dan kehidupan dia memang tak terurus pun. Apa yang berlaku kat tuan aku ini, buat aku terfikir...apakah berbaloi kalau kita mengejar dunia ini yang memang lansung tak kan bawa ke mati kecuali ibadah kita kepadaNya. 
Cuba bayangkan...balik kerja dah la lewat, confirm sampai rumah terus tidur. I dont think akan sempat mengaji ke, tahajjud apatah lagi nak bangun balik tengah malam. Pulak tuh, sedar sedar dah terlepas subuh. Samalah sabtu ahad, qada tidur sampai tak hengat dunia. Aduhai alahai... apa lah nak jadi kan.

Tapi kalau fikir-fikir balik kan...kalau tak mengejar dunia ni pulak, tak bleh nak hidup, tak boleh nak makan. Betul tak??
Jadi aku nak buat kesimpulan bahasa di sini bahawa, berpada-pada lah dengan dunia. Tak ke mana pun kalau kita lupa padaNya. 

Fuhh....merepek sudah teddy bear nie. Okla..gua mau rehat. Next time gua citerita lagi ok.

Jom mandi SUNGAIII!!!! yeee haaaaaaaa!!

Monday, September 19, 2011

selamat hari raya!!

Selamat hari raya

Mahhap zahir dan batin

hahahha dah nak abis syawal dah nie.

hahahah.sorry 

sibuk mengejar dunia...

teddy bear pun bz...

bosan..semua ada

Sunday, August 7, 2011

ramadhan al-mubarak



zzzZZZZZZZZzzzzzZZZZZzzzzz............

Itulah keje aku time bulan puasa ni.Dah seminggu kan?So seminggu la aku ni dok layan tidoq je.Hahahah
Aku ada dengar, tido tuh sunat time puasa..YEKE???
Aku malas nak tengok tv, dengar radio lagu2 ke..(terasa bleh kurang pahala) heheheh.
So...baik aku tido.Hehehe

okla kawang-kawang....lum terlambat lagi aku nak ucapkan selamat berRAMADHAN kan??
Anggaplah ini RAmadhan TerakHir korang yer.
Selamat bersahur jugak ye.

Ok,aku nak sambung ZZZzzzzzZZZZZZZzzzzz

Thursday, July 28, 2011

terasa losernye...

Selamat hari jumaat...

Muahaha...dah lama nya aku tak update blog aku ni.Muahhahahahah...mesti korang rindu aku kan?

Yeker? yer kerrr????Muahahhahahaha.

Okla...aku terasa loser sebab tak boleh nak update blog sehebat korang la.No IDEA lorrr...huhuu

Ok,untuk menjadikan aku lebih loser berikut adalah video klip yang aku rasa macam lebih kurang.Mungkin tak sengaja tersama pulok ideanya.Adalah beberapa part yang aku rasa macam lebih kurang la.

Okla...enjoy.hehehhe..


skycrapers -demi lovato
(ok juga lagu ni)




kisah hati -aliyah
(lagu ni pun best)


So saje je aku compare 2 video nie....mungkin tak sama.Tapi konsepnya ada la sikit ciput yang sama.
Okla....till then.Tatatattatatatatat!

Sunday, July 10, 2011

selamat hari lahir!



selamat hari kejadian !!!
selamat hari tua!!!!
selamat tambah angka kat umur!!
selamat!
selamat!
selamat!.....selamatttt



8HB JULAI....adalah hari lahir tuan aku.Hahahah.Lambat sikit nak wish kat dia.Semoga panjang umur,murah rezeki,diberi kesihatan sepanjang hidup,diberi kebahagian dunia dan akhirat.AMIN........




(INILAH TUAN AKU YANG SELALU MENJAGA SERTA MEMANDI KAN AKU SETIAP SEBULAN SEKALI ITU PUN KALAU DIA INGAT)



seperti biasa aku curi gambar dia ni dalam laptop dia.hahahaha




Thursday, June 16, 2011

kisah hati...



12.00am 16th June 2011

Dear my lovely cik AMY...

Aku tahu apa yang kau alami sejak 2 tahun terakhir kehidupan kau.Aku tahu keperitan yang kau alami sejak 2 tahun ini.Pelbagai dugaan yang kau hadapi sebagai insan yang lemah lagi kerdil. Tapi tidakkah kau sedar bahawa dugaan ini yang mendekatkan diri kau kepada Allah.Malah banyak perkara yang lebih kau kenal tentang ilmu Allah ini. Tiada yang kekal di dunia ini, hanya pahala dosa akan dihitung di sana kelak.

Aku tahu kau sedih dengan apa yang kau alami.Aku mengerti. Aku kenal kau. Aku tahu kau menangis. Aku tahu luluh hati mu itu. Tapi ini semua sudah suratan takdir ke atas mu my dear..
Kau harus tabah. Kau harus kuat.

Dugaan yang kau hadapi ini, tidak la seberat dugaan sahabat mu yang lumpuh sejak 6 tahun yang lepas. Dugaan mu itu terlalu sikit berbanding dugaan yang dihadapi oleh sahabat mu itu my dear..

Bersabar lah banyak-banyak. Sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia alam rahsia azali yang tidak diketahui oleh sesiapa pun. Hanya Dia yang mengetahuinya.

Cik AMY ku sayang...janganlah bersedih berduka hati...banyakkan bersabar..banyak kan istighfar.Moga akan datang ini adalah yang terbaik untuk kau. Rahsia Allah,kita tak tahu.Rahsia kita, Allah tahu.

Berdoalah agar Allah beri yang terbaik untuk kau, dan mohon lah agar Allah redhakan hatimu dalam setiap dugaan yang menjadi takdir untuk mu. Bersabarlah my dear...


nota rambut: aku mula-mula nak tulis surat resign untuk tuan aku ni,sebab aku nak belah dari hidup dia.Tapi tak sampai hati bile tengok dia tengah berduka lara.huhuhuh.Jiwang plak aku.Ayat di atas ayat TERBAEKK dari seekor teddy macam aku. Derrr..

Thursday, June 9, 2011

. . . saya rindu kan Lisa surihani . . .


T.O.L.O.N.G

 * boleh tak tolong aku carik idea untuk aku update blog aku...agar aku boleh menjadi seekor teddy bear yang femessss  di abad ini.

* boleh tak tolong aku carikkan aku pasangan yang sama beberbulu(bear macam aku la)

* ada sapa nak bela aku tak ?sebab aku nak antar surat resign aku kat Cik. A.M.Y aku yang dah lama sangat duduk di bawah ketiak dia..huuu tak tahan dohhhh.

* agak -agak kalau aku g karAOke kat kat GREEN BOX orang lari tak? yelah..aku kan comel..huhuhu.

* macam mana aku nak g bersiar-siar sedangkan orang awam tak boleh menerima hakikat bahawa aku adalah teddy bear yang boleh berblog.HUuuuuUHHHuuuuu~~~~~~~.

* SEKIAN ,TERIMA KASIH. sapa-sapa nak jawab..jawab lah dengan ikhlas.

p/s apa pun aku tetap rindukan nora elena...ke lisa...ke ..aaahhhh aron aziz la.hahahah