Monday, July 1, 2013

Toothache

Aduh! 

Dah 2 minggu Susah nak tido. Tiap tiap malam mesti rasa sengal. Rupa rupanya aku sakit gigi. Tak perasan pulak itu adalah tanda sakit gigi. Aduhai....rasa macam nak nangis jer... menitik air mata...
Nampaknya esok (4 hari yang lepas) mesti pergi jumpa dentist a.k.a doktor gigi. Tiba di klinik gigi yang bertauliah...( berapa pulak aku kene bayor jap lagi ni....)


Awek cun yang muka masam kat kaunter klinik ni pun bertanya pada aku..


Awek cun muka masam : Ye, nak jumpe doktor ker?
Teddy : (tak la aku nak jumpa Avril Lavinge , Adeh! ) Haah. Saya    pernah datang sini tahun lepas.
Awek cun muka masam : IC cik.

****Bunyik cengkerik--- teddy macam aku ada IC ker? hahaha


Setelah selesai pendaftaran Awek cun muka masam tu pun suruh aku duduk kejap sambil menunggu giliran.


13 minit kemudian ..."Cik teddy..!!!".
Tibalah giliran aku.
Berikut adalah perbualan aku dengan doktor bertauliah itu. 


Doc  : eh awak lagi. Rasanya baru datang tahun lepaskan?
Teddy: ( Aku sepuk jugak doktor sekoq nie). Saya sakit gigi la  
       doktor. Bila malam tak bleh nak tido. Mesti sakit. Dah tak 
       tahan ni..
Doc  : okay tak apa. Saya cuba ketuk gigi nak cek yang mana 
       sakit.





Dan akhirnya gigi yang sakit....






Jadi bila gigi dah rosak, tiada gunanya lagi. Nasib la labu.
Jadi rajin rajin la floss gigi, gosok gigi dan minum susu berkalsiyummmm!



Kesimpulan yang dapat aku simpulkan di sini adalah...


Cost          :- RM 500 ( root cannal treatment)
Next target   :- RM 600 ( crowning ) Hamppeh tollllllll
Total cost    :- RM1k ( sebijik gigi)


Sekian, terima kasih



2 comments: