Dear diari...
Fuhh..fuhh.. berhabuk sudah blog aku. Baru hari ini aku ada mood nak tulis kat belog ini.
Sekarang ini aku dah tak jaga tuan aku. So aku jaga diri sendiri. Hidup dengan kaki sendiri bak kata orang Berdikari. Chewahh.. Walaupun aku "katek, pendek..dan tiada jari jemari" seperti kucing untuk menggaru tapi aku bersyukur, kerana Allah mencipta aku bersama-sama organ utama seperti manusia iaitu otak. Otak ini yang membeza kan kita antara hambaNya dengan binatang. Maka kita harus bersyukur atas pemberian nya. Aku rasa penulisan aku sudah semakin matang...hahaha.
Oleh kerana aku sudah hidup berdikari, maka segala kerja-kerja dan keperluan untuk meneruskan hidup yang penuh ranjau ini akan ku tempuh dengan penuh semangat dan etika.. Semoga segalanya berjalan dengan lancar.
Ye! Aku harus terus tabah menjalankan hidup ini dengan penuh semangat. HIDUP TEDDY!!.
Pengenalan hari ini, aku cuma mahu menceritakan dahulu kehidupan ku bermula saat ini tanpa tuan aku yang poyo itu. Jadian, aku sendirian. Mulai Isnin depan, aku kena cari kerja. Aku dah mula siap-siapkan update resume aku. The Star pun aku dah mula beli tiap-tiap hari. Ye! Aku harus tabah!. Doakan aku kalian, semoga aku dapat job yang gempaq. Dapat jadi pelakon tambahan pun ok juga kan.??
Sekian.
Ain Zulaikha ..im here !! |
No comments:
Post a Comment