Monday, January 31, 2011

inilah jawapannya..

Salam kawan kawan...

Post aku yang lepas...aku bagi lirik je..Jadi inilah lagunya...Mmm...layan...best tuh Brother nasir nyanyi..


 


 

Thursday, January 27, 2011

Beruang layan gitar KApOK

 

Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku 


                                               
Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukah
Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan

Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku
Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya
Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima







p/s : cuba teka...lagu apa?lagu siapa?Yang pasti bukan lagu Beruang atau lagu Jason Mraz(sebab Mraz dont know how to speak in Malay) Chewahhh...

Wednesday, January 26, 2011

Penantian...

Penantian suatu seksa yang tidak tertanggung oleh tubuh ku yang kering dan layu...

Kepastian satu penawar dalam suka dan duka yang meniti hidup ku...



Sabar la cik A.M.Y ku......             

Wednesday, January 19, 2011

Pada suatu hari...

 Pada suatu hari, Doraemon sedang u`uk di tempat biasa dia iaitu di atas dashboard kereta tuan aku yang perasan comel itu. Doraemon suka sangat u`uk sambil menelaah buku kesayangan beliau iaitu "Kisah Hidupku Sebagai Seekor Doraemon".  Begitulah rutin sehari harian beliau tepat jam 9.00 pagi. (Patutla busuk semacam kete tuan aku ni). Tanpa segan dan silu, beginilah keadaan sebenar di dalam kereta tersebut.




Pada pandangan kasarnya, keadaan sebenar stereng ini masih lagi cantik dan masih lagi hebat dengan perkataan "MOMO" itu. Kepada yang kakikereta pasti tahu MOMO kan? 








Tapi hakikatnya.....





Beginilah kehendaknya berlaku terhadap stereng yang konon mahal itu...dimana gam bahagian tengah sudah tercabut....













Malah boleh di tarik gitu.....




Begitulah al-kisah stereng kereta Momo itu.


Kali ini, lain pula ceritanya...



Pasti setiap kali kita memandu kita suka pasang radio kan..malangnya radio ini sudah tidak dapat di pusing tuning, maka hanya kaset sahaja boleh di dengar. Itu pun suara artis itu sudah menjadi seperti suara Chickmunk.(Orang lain semua dah pakai CD Player). Tetapi sedang tengah melayan lagu Lifehouse tetiba...tersenyap seketika. Aiseymannnn...apahal la pulak ni. Rupa  rupanya...







Bila di tarik keluar....








Begitulah kisah benar yang di alami tuan aku itu....
 Kesian ke?hahahahha!        

Thursday, January 13, 2011

tolongla saya Dato Siti Nurhaliza....

Dear kawan -kawan...

        Kadang -kadang aku terfikir, ada ke orang nak baca blog bangang aku nie?Ada ke orang nak percaya bahawasa nya aku memang seekor teddy bear yang bernyawa.?Entahla...terpulanglah pada kawan kawan aku ni semua.Kalau korang nak percaya, baguih la...kalau tak nak percaya pun takper...Janji korang terhibur dan seronot baca blog aku nie. Tapi ini punya post, aku tak bleh nak tulis panjang-panjang. Karena....gua demam la...kesian beruang demam kan. Seriussss....aku sakit kepala denyut denyut...lemah satu badan. Nasib baik tak muntah muntah (hahahaha).. So...aku tak larat nak tulis pape dah nie.. Moga korang selonot di hujung minggu ni ya. Doakan aku cepat baik ye kengkawan. Okla...jaga diri bebaik.Banyak peragut dan perogol kat luar tuh. Bagi kaum lelaki...banyak penggoda kat luar tuh, jangan main kenyit mata.Muahahahah....
AAAAAAaaaaaaaaaachooooooommmmm!!!!!!
Sssrrrrooooottttt...Ahh..sorry terbersin di depan blog nie. Ok...BYE BYE BYE.





p/s nak mintak tolong siti nurhalijah tuh suapkan bubur untuk aku....huhuhu.Jeles la datok K k k...

Tuesday, January 11, 2011

Tag dari Abang Jonni

Assalammualaikumm.....

Bulan lepas aku kena tag dari Abang Jonni yang persis Edika Yusof tuh. Sorryla lambat sikit nak jawab, sebab terlalu banyak perkara yang Beruang kene fikir akhir akhir nie. Jadi sempena tahun baru ni, aku siarkan jawapan untuk soalan-soalan yang di tag ini. Enjoy...!!


1: Apakah yang paling penting dalam hidup korang?
    Perkara yang paling penting dalam hidup aku adalah menjaga tuan aku yang senget itu, Cik A.M.Y.




2: Benda terakhir yang korang beli guna duit sendiri?
    Benda terakhir yang aku beli guna duit sendiri adalah  kek cawan.




3: Adakah korang bercinta sekarang?
   Ya, saya sedang bercinta sekarang.Mungkin dengan Elvis.


4; Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
    Aku akan mencintai kekasih aku sampai Syurga.

5: Di mana korang akan berjumpa kekasih korang?
    Aku akan berjumpa dengan kekasih aku di Jalan Kebun.

6: Novel/Majalah/ Buku yang terakhir korang beli?
    Semua tak beli, aku baca blog je..iaitu blog Bujang susah

   
7: Apakah nama penuh korang?
   Nama penuh aku adalah Little Teddy Pink a/k Cik A.M.Y.


8: Antara mak dan ayah korang mana lagi mesra?
    Antara mak dan ayah aku, tiada siapa yang aku lebih mesra sebab aku anak yatim piatu.


9: Namakan orang yang betul korang nak jumpa dalam hidup korang?
    Nama orang yang betul aku nak jumpa adalah Hanis Zalikha. Ngeeeee

10: Namakan tempat yang betul betul korang nak pergi?
      Tempat yang betul betul aku nak pergi adalah New Zealand.


11: Pilih 1 peluk atau cium?
      Antar 1 peluk atau cium aku tak pilih mana-mana.Aku pilih gigit. Ngeeee


12: Lima lagu bermakna  dalam hidup korang?
      Lima lagi bermakna dalam hidup aku adalah :
            a. NegaraKu
            b. Keluarga Bahagia (Kumpulan saujana)
            c. the unfogiven (abang aku a.k.a Metallica)
            d. Oooohhhoiiiii.......senyumlah ahai cek mek molek. (kalau dengar pasti tersengih sorang sorang)
            e. Biarlah rahsia (akak aku a.k.a Siti Nurhaliza)

13: 3 perkara tentang orang yang tag korang.
      3 perkara tentang orang yang tag aku adalah :
                     a : rambut dia panjang.Cool....
                     b : kalau tenung dia teringat pelukis Ujang
                     c : seorang yang SOPAN SANTUN.


14: 5 benda yang korang sangat sayang dalam hidup korang?
                   a. Gigi aku (untuk mengunyah)
                   b. tangan aku (mudah nak buat kerja)
                   c. kaki aku ( untuk aku jenjalan sambil geledah barang2 tuan aku)
                   d. Mata aku (untuk aku tatap gambar Elvis aku hari hari)
                   e. Of cousee laaaaa.....Ferrari aku. (ada kerr??)hahahha

15: Bila tarikh lahir korang dan bila korang sambut tahun lepas?
      Aku takder surat beranak...so aku tak pernah sambut pun hari lahir ku.

16: 5 blogger yang korang nak tag?
      Aku rasa akan mengecilkan hati kawan kawan yang tak ditag je nanti. So keputusannya,
      aku tak tag siapa siapa pun..tak nak ada yang kecil hati dan kecut hati. Mahaap ye kengkawan.

Sunday, January 9, 2011

aku badut atau mu yang badut?




ngeeeee...saya Menji
  
 aaaaaaa chak! saya Ijah!




pilih yang mana paling cute.Heeeee....
 
duh! aku Beruang!





pssttt!!! Comfirmla aku kan???hehehehehh. I luv you all lah!

Thursday, January 6, 2011

mind block

Hi all...


Sihat ke korang ek?Hari ini teddy bear kesayangan korang ni mengalami sindrom sakit kepala. Sindrom yang memang jarang di alami oleh para beruang sekelian alam. Satu hari gua sakit kepala wooo....Pening pening lalat.Cuba nyatakan apa punca beruang boleh pening pening lalat?Sila nyatakan...heheheheh
Tak nak cakap banyak....sure korang bosan. Huhuhuhu

Aku tak boleh pergi klinik ambil ubat yeee...kang terkejut beruk doktor tuh tengok beruang leh bercakap pula.
Ok...jaga diri kawan-kawan..Banyak peragut kat luar tuhhh.heee
Daaa...

gua rindu sama dia....