Assalammualaikum....kawan-kawan.
Tak rindukah kamu pada aku yang comel ini?Aku pun rindu bangat sama korang. Apa-apa aku nak ucapkan seribu kemaafan kerana dah lama tak melawat blog korang yang mantap-mantap itu. Aku pun dah lama tak update blog aku ini. Bukan apa, tuan aku punya broadband dah lama tak bayor, jadinya aku tak bleh nak guna tenet.Hampeh je.
Aku tak sibuk mana, biasalah hidup aku cuma berangan je, aku bukan ada daya nak naik LRT pergi jalan-jalan kat Wangsa Walk ke atau pergi makan satay Kajang ker atau pergi Ulu Yam mandi ke atau...eh berapa banyak atau dah..Sebab aku bukannya larat nak jalan. Semput sehhh.
Jadi harini aku bukan nak cerita pasal aku, tapi aku sekadar nak berkongsi cerita. Cerita apa kah itu??Jeng jeng jeng.....Biasalah kisah si tuan aku yang weng itu.
Sekarang ini dia sangat sangat sibuk dengan dunia nie. Sejak 3 bulan ke belakangan ni, bukan main sibuknya.
Nak di katakan hari hari dia balik lewat dari kerja. Kadang-kadang hari Ahad pun datang opis.Mentang-mentanglah opis dia belakang umah.Hahahaha.
Jadi aku ni pun kesian kat dia. Kerja bukan main sibuk, tapi badan dan kehidupan dia memang tak terurus pun. Apa yang berlaku kat tuan aku ini, buat aku terfikir...apakah berbaloi kalau kita mengejar dunia ini yang memang lansung tak kan bawa ke mati kecuali ibadah kita kepadaNya.
Cuba bayangkan...balik kerja dah la lewat, confirm sampai rumah terus tidur. I dont think akan sempat mengaji ke, tahajjud apatah lagi nak bangun balik tengah malam. Pulak tuh, sedar sedar dah terlepas subuh. Samalah sabtu ahad, qada tidur sampai tak hengat dunia. Aduhai alahai... apa lah nak jadi kan.
Tapi kalau fikir-fikir balik kan...kalau tak mengejar dunia ni pulak, tak bleh nak hidup, tak boleh nak makan. Betul tak??
Jadi aku nak buat kesimpulan bahasa di sini bahawa, berpada-pada lah dengan dunia. Tak ke mana pun kalau kita lupa padaNya.
Fuhh....merepek sudah teddy bear nie. Okla..gua mau rehat. Next time gua citerita lagi ok.
Jom mandi SUNGAIII!!!! yeee haaaaaaaa!!
Tak rindukah kamu pada aku yang comel ini?
ReplyDeleteRINDU BANGAT :)
semut merah : hahahah meh sini. MUAHHHHHHHHHHHHH!!!!!
ReplyDeletejom sungai jom..hehe
ReplyDeleteEdy: sungai mana ko nak gi? Sungai Lui pun ok.heheheh
ReplyDeleteAduhai Alahai.. Sibuk2 jugak, tapi biarlah seimbang dunia akhiratnya.. ;)
ReplyDeleteKalau kau update lebih kerap macm dulu pun ok je Ted! ;)
YOU: betul betul betul..huhuhu..yela..nnt aku hupdate selalui ok....heee
ReplyDelete